KPJ laksana penjenamaan semula, terbesar selepas lebih 43 tahun


  • Massa
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Selepas lebih empat dekad, KPJ Healthcare Berhad melaksanakan penjenamaan semula terbesar dengan lebih penumpuan diberikan kepada pesakit, sebagai asas kepada pertumbuhan eksponen dalam landskap perkembangan penjagaan kesihatan.

SELEPAS lebih empat dekad, KPJ Healthcare Berhad melaksanakan penjenamaan semula terbesar dengan lebih penumpuan diberikan kepada pesakit, sebagai asas kepada pertumbuhan eksponen dalam landskap perkembangan penjagaan kesihatan.

Inisiatif penjenamaan semula itu merupakan elemen penting dalam perjalanan transformasi syarikat sejak 2023.

Komitmen tersebut dibuktikan dengan inisiatif terkini seperti penubuhan Pusat Kecemerlangan di seluruh rangkaian hospitalnya dan memberi tumpuan kepada inovasi melalui Sistem Kesihatan Akademik.

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

Langkah itu juga bertujuan meningkatkan usaha KPJ Healthcare dalam menawarkan perkhidmatan berasaskan nilai dan memastikan keberhasilan serta pengalaman pesakit pada standard tertinggi, selaras dengan 'gold standard' kepada pesakit.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan berkata, pelancaran penjenamaan semula KPJ Healthcare Berhad hanyalah permulaan kepada transformasi berperingkat yang dijangka selesai menjelang 2026.

Menurutnya, dalam beberapa tahun akan datang, hospital dan anak syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan swasta itu akan turut mencerminkan identiti dan komitmennya yang baharu.

"Penjenamaan semula yang kami perkenalkan hari ini bukan hanya pada perubahan logo atau rupa baharu, ia merupakan simbol transformasi dan kemajuan KPJ seiring dengan peningkatan usaha dalam memberikan penjagaan kesihatan yang lebih baik, didorong oleh teknologi serta inovasi," katanya ketika sidang media selepas majlis pelancaran logo baharu KPJ Healthcare di Menara KPJ, pada Selasa.

WhatsApp Image 2024-08-06 at 19.45.43 (1)

Keat Chyuan (kiri) dan Dr Ismail ketika sidang media selepas majlis pelancaran logo baharu KPJ Healthcare.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Mengulas lanjut, Keat Chyuan berkata, identiti jenama baharu KPJ Healthcare menggunakan gaya lebih kontemporari.

Jelasnya, tulisan baharu yang mempunyai sudut bulat dan lengkung yang lembut melambangkan keharmonian dan perlindungan.

"la turut melambangkan perpaduan, komitmen, kasih sayang dan komuniti. Warna keemasan dipilih sebagai warna jenama utama bagi menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan.

"Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan logo atau rupa baharu, ia merupakan simbol transformasi dan kemajuan KPJ seiring dengan peningkatan usaha dalam memberikan penjagaan kesihatan lebih baik, didorong teknologi serta inovasi.

"Paling penting, warga kami akan turut bersama-sama dalam transformasi budaya ke arah menjadikan pesakit sebagai fokus utama dalam operasi dan perkhidmatan,” katanya.

WhatsApp Image 2024-08-06 at 19.47.25

Penjenamaan semula yang diperkenalkan merupakan simbol transformasi dan kemajuan KPJ. - Gambar hiasan

Ujar beliau lagi, usaha membuat transformasi dan penjenamaan semula diilhamkan pemegang saham utama syarikat sejak tahun lalu.

"Kami berpegang kepada prinsip kesihatan awam kerana tanpa pesakit tiada perniagaan ini. Kami juga akan memberi fokus terhadap pesakit dari saat mereka melangkah masuk hingga keluar hospital, hasil dan pengalaman mereka akan menjadi teras transformasi," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perancangan KPJ untuk membina lima pusat kecemerlangan dalam sistem merangkumi jantung dan paru-paru, neuro, onkologi, ortopedik dan pembedahan menggunakan teknologi robotik.

KPJ kini mengoperasikan 29 hospital di seluruh negara, serta satu hospital masing-masing di Bangladesh dan Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram