Ramai bimbang harga pasport 10 tahun lebih mahal, bebankan pelancong jarang ke luar negara


  • Massa
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Perancangan untuk melaksanakan pasport Malaysia 10 tahun telah diumumkan tetapi belum dimuktamadkan lagi. — Gambar hiasan

PERANCANGAN Malaysia untuk mengeluarkan pasport dengan tempoh sah laku selama 10 tahun menerima pelbagai respons dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila kosnya masih belum diumumkan.

Seorang pembantu tadbir, Sheryl Samuel berharap dokumen perjalanan bagi tempoh lima tahun akan dikekalkan.

Dia percaya ramai yang masih akan memilih tempoh sah laku berkenaan berikutan harga pasport bagi 10 tahun akan menjadi lebih tinggi.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

jbzpassport240724 - Sheryl Samuel says many Malaysians might consider applying the 10-year passport if the fee is not burdensome to them. (Photo by ZAZALI MUSA)

Sheryl berharap kerajaan akan membuat pengumuman berhubung tempoh sah laku pasport 10 tahun tidak lama lagi.

“Saya berharap kos pasport 10 tahun tidak akan meningkat dua kali ganda berbanding tempoh sah lima tahun,” katanya.

Pada masa kini, pasport lima tahun untuk rakyat Malaysia berumur antara 13 dan 59 berharga RM200, manakala warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun berharga RM100.

Dia juga berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan tarikh pelancaran tempoh pasport 10 tahun itu serta kosnya.

"Perkara itu akan memberi rakyat Malaysia pilihan sama ada mereka mahu mendapatkan pasport lima tahun atau sebaliknya,” tambahnya.

Pegawai Perkhidmatan Awam, Arthur Petrus Ignatius Ekun berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia mula mengeluarkan pasport sah laku 10 tahun seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Hal itu pastinya berita baik untuk pengembara dan ahli perniagaan yang kerap ke luar negara,” katanya.

Arthur Petrus says he will probably opt for a five-year passport.

Arthur Petrus berkata, dia mungkin akan memilih pasport lima tahun berbanding 10 tahun.

Tambahnya, caj yang lebih tinggi mungkin tidak menjadi penghalang untuk kebanyakan orang.

“Secara peribadi, saya masih akan memilih pasport lima tahun,” kata rakyat Sarawak yang bekerja di Johor Bahru itu.

Eksekutif Ejen Pelancongan, Badrul Muhaiyat Abdul Bahhari berkata, rancangan pasport 10 tahun itu sudah lama tidak dilaksanakan, jadi lebih baik beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan.

"Saya pasti akan menggunakan pasport 10 tahun ini kerana saya berkhidmat sebagai ketua pemandu pelancong bagi pengunjung Malaysia yang bercuti ke luar negara," katanya.

Memetik laporan media, Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk memohon pasport tempoh sah laku 10 tahun dalam masa terdekat.

“Kami dalam fasa akhir penalaan halus. Usaha pelaksanaan itu akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya. — The Star/ZAZALI MUSA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram