KERAJAAN sedang mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan aplikasi media sosial khusus dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, cadangan itu adalah berikutan beberapa penyedia aplikasi media sosial mengaut keuntungan daripada rakyat Malaysia tetapi gagal memastikan keselamatan pengguna.
“Tahun lalu, dianggarkan Facebook sahaja memperoleh 600 juta dolar Amerika Syarikat (AS) (RM2.6 bilion) dari Malaysia, tetapi apa yang mereka telah lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia selamat?," katanya.
BACA LAGI: Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid
BACA LAGI: Operasi pembenihan awan tingkatkan paras air di Kedah, Perak bermula Isnin
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil
Pada masa sama, jelas beliau, Facebook tidak mempunyai komitmen terhadap isu tersebut, jadi kerajaan perlu mengkaji dan menilai keadaan.
"Bukan mudah untuk membangunkan platform media sosial kita sendiri, tetapi beberapa negara telah mencubanya. Kita akan melihatnya," katanya.
Fahmi turut memaklumkan, dia juga telah bertemu dengan pengacara selebriti, Datuk Aznil Nawawi, yang mengemukakan cadangan itu berikutan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) baru-baru ini yang menurunkan kandungan media sosial berkaitan Palestin. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram