Sarawak harap proses mohon kerakyatan dipermudah


  • Primer
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Pertemuan secara bulanan akan diadakan dengan KDN bagi melancarkan kesemua proses diperlukan bagi tujuan tersebut.

KERAJAAN negeri Sarawak berharap dapat melihat hasil daripada usaha mereka membantu individu tanpa dokumen untuk memohon kerakyatan menerusi pertemuan secara bulanan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, dia sudah bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Kuala Lumpur minggu lalu.

"Dia sudah bersetuju (untuk menubuhkan) jawatankuasa pengesahan untuk memudahkan permohonan dokumen. Dia juga sudah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas di Kuching, Sarawak pada 16 Ogos," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Video tular ratusan pendatang asing minta kerakyatan di Kepong diulang siar

BACA LAGI: Keputusan ujian DNA bukan bukti muktamad beri kerakyatan — Saifuddin

WhatsApp Image 2024-08-04 at 1.04.38 PM

Fatimah sudah bertemu dengan Saifuddin bagi membincangkan hal tersebut.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Sibu, Sarawak pada Ahad.

Fatimah turut menegaskan pertemuan bulanan dalam kalangan jawatankuasa akan memudahkan pemohon mengenal pasti dokumen diperlukan sebelum memohon kerakyatan.

"Saya berasa dengan cara ini, kami dapat membantu mengesahkan permohonan masing-masing dan menasihati apakah dokumen sokongan yang diperlukan mereka. Saya percaya bahawa pertemuan bulanan ini akan memendekkan masa (untuk memproses) permohonan kerakyatan," katanya.

Fatimah yang juga akan dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa tuurt berkata, pihaknya akan menilai setiap permohonan diterima sebelum setiap mesyuarat berlangsung.

"Saya tidak memiliki angka (permohonan yang akan dinilai bagi pertemuan pertama) kerana ia masih berada di bawah pemilikan Jabatan Pendaftaran Negara. Kita akan hanya ketahui ketika mesyuarat pertama nanti," jelasnya. — The Star/ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram