PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.
"Mendapat khabar duka akan pemergian Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
"Mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya," luahnya dalam hantaran yang dibuat menerusi akaun media sosial miliknya.
BACA LAGI: Dewan Rakyat kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
BACA LAGI: Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha
Mendapat khabar duka akan pemergian Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain.
Mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya. https://t.co/4aBFNg4kI6
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 2, 2024
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Kluang dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor sejak Selasa kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada Jumaat, pada usia 63 tahun.
Sharifah Azizah dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada 30 Julai sebelum keadaannya menjadi kritikal akibat pendarahan dalaman pada hari berikutnya.
Memetik laporan media, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Johor memenangi kerusi Mahkota dengan majoriti 5,166 menewaskan calon Pakatan Harapan, Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Anak jati Kluang itu juga pernah menyandang kerusi DUN Penawar pada 2018 hingga 2022. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram