TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menyifatkan pemergian ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zainon sebagai satu kehilangan buat negara kerana beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang hebat dan prihatin terhadap rakyat.
Beliau yang baru sahaja menziarahi Allahyarhamah pada pagi Jumaat membuat satu hantaran di akaun media sosialnya sebelum itu meluahkan harapannya agar Allahyarham sembuh dan dapat meneruskan perjuangan bersama-sama.
"Betapa dalam doa dan rintihan hati saya berharap agar beliau sembuh dan dapat meneruskan perjuangan bersama-sama.
BACA LAGI: [VIDEO] Peras ugut warga asing, 2 polis Kajang digantung tugas, tunggu masa ke mahkamah
"Kita kehilangan seorang pejuang wanita yang amat komited dan setia terhadap parti dan amat prihatin terhadap masyarakat.
"Salam takziah buat seisi ahli keluarga, moga tabah harungi kehilangan ini," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno melawat Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bersama Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin.
Sharifah Azizah meninggal dunia pada Jumaat selepas dimasukkan ke hospital kira-kira tiga hari selepas mengalami kesukaran bernafas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram