"JAGA adik-adik walau apa cara sekalipun," itu apa yang dipesan Allahyarham ADUN Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kepada anak sulungnya, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar ketika kali terakhir mereka bertemu.
Wan Mohd Hibatullah, 40, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya ialah pada 26 Julai lalu.
“Saya jumpa ibu pada hari Jumaat (minggu lalu) petang, saya minum dengan dia dekat tapak kabin. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Johor Bahru (JB) pada keesokan harinya untuk berjumpa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BACA LAGI: Dewan Rakyat kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
BACA LAGI: Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha
“Dia sentiasa mengingatkan saya supaya menjaga adik-beradik saya tidak kira apa cara sekalipun kerana saya anak sulung dan saya harus kuat untuk mereka,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang, Johor pada Jumaat.
Almarhumah Sharifah Azizah dikurniakan empat orang anak. Mereka ialah Wan Mohd Hibatullah, Wan Mohd Hazwan (39), Wan Mohd Hasbullah (34) dan Wan Harizahtul Nadia (33).
Suaminya, Abu Bakar Mohd Amin, meninggal dunia pada 2005 akibat kanser limfoma pada usia 45 tahun.
Wan Mohd Hibatullah berkata, ibunya pergi ke Johor Bahru pada 27 Julai dan dia mengalami muntah darah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dikejarkan ke hospital di mana dia dirawat selama tiga hari. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram