
TIADA cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja, 17 September depan.
Walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia pada 16 September, tidak ada cuti gantian diberikan pada hari tersebut.
Perkara itu diumumkan dalam laman web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
BACA LAGI: Dewan Rakyat kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
BACA LAGI: Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha
Menurutnya, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," kata pengumuman itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram