[VIDEO] 'Saya ada anak kecil', bapa mengamuk kena halau dari koc wanita MRT


  • Tular
  • Isnin, 22 Jul 2024

Dia berkeras enggan beredar daripada koc berkenaan kerana mempunyai anak kecil bersamanya.

TULAR satu rakaman video di media sosial memaparkan pergaduhan seorang lelaki dengan seorang perempuan di dalam perkhidmatan rel Transit Aliran Massa (MRT).

Dalam video yang berdurasi satu minit itu menunjukkan lelaki berbaju warna merah terbabit bertindak menengking wanita selepas ditegur berada di dalam koc wanita.

Dia bagaimanapun enggan beredar daripada koc berkenaan kerana mempunyai anak kecil bersamanya.

BACA LAGI: Sampai doakan malapetaka buat pemimpin sendiri, komen melampau kes pokok tumbang ditegur

BACA LAGI: Bulu kucing melekat di sejadah, pakaian, ketahui syarat sah solat

"Gila ke awak? Anak saya masih kecil dan awak minta saya tinggalkan dia seorang diri?" tegasnya.

Pada penghujung video, seorang lelaki dipercayai pekerja MRT datang untuk meredakan keadaan itu namun dia tetap berkeras mempertahankan dirinya.

Netizen turut menyuarakan pendapat masing-masing di ruangan komen video itu dan rata-rata daripada mereka bersetuju dengan tindakan perempuan yang menegur individu terbabit.

Namun ada juga yang berpendapat sebaliknya yang menganggap kedua-dua pihak perlu ada persefahaman bergantung kepada situasi.

"Masuk koc wanita sebab jaga anak kecil, bukan dia masuk tandas perempuan pun. Bertimbang rasa la tak perlu gaduh," kata netizen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram