Kerajaan negeri Sabah gesa KKM isi 210 kekosongan jawatan doktor di Klinik Kesihatan


  • Primer
  • Selasa, 30 Jul 2024

James Ratib (tengah) berkata, jawatan kosong Pegawai Perubatan itu perlu diisi bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih berkesan diterima rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

KERAJAAN negeri Sabah menggesa agar Kementerian Kesihatan (KKM) mengisi 210 kekosongan perjawatan Pegawai Perubatan (doktor) di Klinik Kesihatan seluruh negeri tersebut.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, jawatan kosong itu perlu diisi bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih berkesan diterima rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Di kawasan Beluran sahaja, seramai 26 perjawatan Pegawai Perubatan belum diisi termasuk di Klinik Kesihatan Sungai-Sungai seramai tiga orang.

BACA LAGI : Kekejaman jenayah 'rare', bekas peguam mahkamah tentera anggap kes bunuh Zulfarhan jahat dan zalim

BACA LAGI : 'Doa saya dimakbulkan,' bapa Zulfarhan mahu kes anaknya jadi pengajaran untuk pembuli

“Untuk rekod, Klinik Kesihatan Sungai-Sungai menerima pesakit harian purata seramai 70 hingga 90 orang, dan klinik ini dilengkapi dengan Pembantu Perubatan (MA) sahaja.

“Saya juga minta kepada KKM supaya semua perjawatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di seluruh Sabah yang masih kosong supaya diisi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

KOTA KINABALU, 26 April -- Datuk James Ratib yang di calonkan mewakili Parti Barisan Nasional Sabah untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi N39 Sugut.--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk James Ratib

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan berkenaan status pembinaan Klinik Kesihatan Tangkarason, didapati kerja-kerja pembinaan berjalan perlahan dengan kemajuan kerja setakat 27 Julai lalu, lebih kurang 30 peratus siap.

“Ini sudah lewat dari jadual. Bagaimanapun difahamkan kelewatan ini disebabkan oleh faktor cuaca hujan semasa kerja-kerja tanah. Saya juga diberitahu, projek ini siap dalam bulan Oktober atau November,” katanya.

Bangunan klinik kesihatan Tangkarason yang diperbuat daripada kayu, musnah dalam kebakaran pada Februari 2024 yang lalu dan pembinaan semula bangunan ini melibatkan kos sebanyak RM989,000.

“Apapun alasan, saya akan sentiasa memantau dari masa ke semasa kerja-kerja pembinaan bangunan ini dan memastikan projek ini siap mengikut jadual dan tidak dikategorikan sebagai projek sakit.

“Untuk sementara waktu, perkhidmatan Klinik Kesihatan Tangkarason, beroperasi seperti biasa di bangunan Mini Dewan Kg. Tangkarason dengan kemudahan fasiliti perubatan yang terhad dan tidak kondusif," ujar beliau. — The Star/Muguntan Vanar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram