
PIHAK polis sedang giat mencari seorang remaja perempuan yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan 11/3A, USJ 11, Subang Jaya, Selangor pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berusia 14 tahun itu pada pukul 11.42 malam pada Ahad lalu.
"Remaja terbabit, Puteri Damia Darwisyah Abdullah dikatakan dilihat kali terakhir di rumahnya pada hari sama kira-kira 6 petang.
BACA LAGI: Tak perlu tunggu 24 jam, polis akui masa elemen paling penting selesaikan kes Orang Hilang
BACA LAGI: Kes orang hilang meningkat, namun tidak membimbangkan — Pengarah JSJ Bukit Aman
"Dia berketinggian 155 sentimeter (sm) dengan berat 60 kilogram (kg), warna kulit sawa matang, rambut perang kemerahan, anak mata hitam serta bibir tebal.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222/03-78627100 atau tampil di balai polis berhampiran," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram