ORANG ramai perlu tahu bahawa masa adalah elemen paling penting bagi menyelesaikan kes membabitkan Orang Hilang (OH).
Memetik laporan TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, orang ramai tidak perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum membuat aduan berhubung kes OH.
Katanya, mengambil contoh beberapa kes yang terjadi baru-baru ini membuktikan dalam masa singkat sahaja mangsa terbabit dilarikan jauh dari lokasi akhir mereka.
BACA LAGI: 'Tak perlu tunggu 24 jam buat laporan polis', pakar jenayah mahu orang ramai kikis pemahaman lapuk
BACA LAGI: Adakah pesakit gagal buah pinggang kronik perlu 'cuci darah' seumur hidup?
“Saya ada terima arahan daripada Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) bila ada orang datang buat laporan kita kena terima kerana ‘masa’ adalah elemen penting.
“Contoh secara ringkas, tubuh badan (manusia) boleh tahan 24 jam dan bila tubuh sudah mula mereput (ia) akan menyukarkan (siasatan).
“Itu satu, yang kedua pengesanan itu kita perlu lakukan dengan pantas kerana (ia) boleh hilang sekarang tahu-tahu dah sampai sempadan, ini contoh,” katanya.
Jelasnya, setiap laporan yang diterima akan diproses, dinilai secara teliti oleh anggota dan pegawai polis sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan.
Tambahnya lagi, ia berikutan jumlah aduan yang agak kerap diterima berkaitan OH, namun sebenarnya yang terjadi hanyalah salah faham antara keluarga atau kenalan.
“Sekarang keluar rumah tidak dapat dihubungi, hilang: bergaduh dengan girlfriend (teman wanita) tidak dapat dihubungi, hilang; kena marah dengan emak, hilang.
“Sebab itu kita akan tengok (nilai) berdasarkan kes, tetapi untuk menentukan OH terbabit selamat akan terima (setiap) laporan dan siasat,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram