Projek terbengkalai Orang Asli di Gua Musang akan disegerakan — Ahmad Zahid


  • Primer
  • Selasa, 30 Jul 2024

Zahid menegaskan langkah itu diambil bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak rasa dipinggirkan kerajaan perpaduan.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua projek pembangunan Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan akan disegerakan demi kebaikan komuniti dan kesemua penduduk di Nenggiri.

Dia menegaskan harapan itu dibuat memandangkan kerajaan perpaduan komited dalam menekankan pembangunan Orang Asli di kawasan tersebut.

"Ini adalah batu asas untuk kita mendirikan Masyarakat Madani yang mengambil berat mengenai golongan kurang berupaya.

BACA LAGI: Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid

BACA LAGI: Ada wakil pembangkang mahu jumpa tapi saya tak nak 'dipatuk' dua kali — Zahid Hamidi

"Majlis pecah tanah bagi mewujudkan jalan yang akan menghubungkan Kuala Betis dengan Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Balar adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan Orang Asli tidak berasa terpinggir.

"Projek ini akan memberi kesan dan manfaat dari segi sosioekonomi kepada 7,147 penduduk dalam komuniti Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada majlis pecah tanah bagi projek jalan raya pada Selasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram