Syarikat minuman keras nafi sumbang dana untuk sekolah


  • Massa
  • Khamis, 25 Jul 2024

Syarikat itu berkata, sumbangan hanya membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta lembaga pengarah sekolah termasuk persembahan artis ketika Chinese Education Charity Concert (CECC).

SEBUAH syarikat minuman keras menafikan dakwaan berhubung dana yang disumbangkan kepada sekolah sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Menerusi kenyataan, syarikat itu berkata, ia hanya membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta lembaga pengarah sekolah termasuk persembahan artis ketika Chinese Education Charity Concert (CECC).

Jelas syarikat itu, CECC telah wujud sejak 30 tahun lalu. Peranannya hanya bertindak sebagai platform dalam membantu masyarakat mengumpul dana untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang memerlukan.

BACA LAGI: Kes kematian Zulfarhan: Bapa harap rayuan ditolak, keputusan penjara 18 tahun kekal

BACA LAGI: 'Tiada lagi gelak tawanya sambil isi beras dalam ketupat', bapa kongsi memori Syawal bersama Zulfarhan

Sehingga hari ini, masyarakat tempatan telah menyumbangkan RM413 juta melalui CECC tanpa melibatkan sumbangan daripada jenama bir mereka kepada sekolah.

Syarikat itu berkata, pihak penganjur sentiasa berhati-hati dalam memastikan semua program dan aktiviti mereka menghormati sensitiviti dan mematuhi peraturan tempatan.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar yang menyifatkan perkara itu memalukan. — Media Sosial

Kontroversi itu mula tercetus selepas parti PAS mengambil isu dengan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman ​​Athirah Sabu kerana menerima cek replika bernilai RM3 juta yang tertera logo syarikat bir berkenaan pada kutipan dana untuk SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor.

Pada 22 Julai lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, perkara itu sedang disiasat dan menegaskan pihak sekolah supaya mematuhi garis panduan sedia ada yang melarang penerimaan derma daripada hasil aktiviti seperti perjudian, serta penjualan tembakau, dadah dan alkohol.

Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya tidak akan menyemak atau memberikan pengecualian bagi garis panduan mengenai sumbangan yang diberikan kepada sekolah, termasuk sekolah vernakular. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram