Kabinet pertimbang amalan lama sekolah vernakular terima sumbangan, anjur program


  • Primer
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Fadhlina berkata, pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihati supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan daripada pihak luar.

GARIS panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah dikekalkan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.

Panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Pada masa sama, KPM memaklumkan mesyuarat itu juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.

BACA LAGI: Sumbangan syarikat alkohol untuk konsert amal sekolah — Zahid Hamidi

BACA LAGI: Badan Peguam Malaysia fail rayuan, cabar kes Yayasan Akalbudi babitkan Ahmad Zahid

“Bagaimanapun, Jemaah Menteri menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan KPM sedang melakukan siasatan berhubung isu penganjuran program amal di sebuah sekolah membabitkan sumbangan syarikat minuman keras.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihati supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan daripada pihak luar.

Sebelum ini, isu itu dibangkitkan susulan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah vernakular yang menerima sumbangan syarikat minuman keras. — The Star/JAAYNE JEEVITA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram