JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan panggilan berhubung kes kebakaran terbuka melibatkan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Johor dan Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak selepas menerima lebih 100 panggilan sehari pada minggu lalu.
Dalam satu sidang media selepas perhimpunan bulanan jabatan itu di Putrajaya pada Isnin, ketua pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jumlah panggilan harian berkaitan kebakaran terbuka dilaporkan melebihi 100 kes pada 25 dan 26 Julai, mencecah 249 panggilan pada Sabtu dan 244 pada Ahad.
Beliau berkata, purata panggilan harian untuk kebakaran terbuka yang diterima jabatannya adalah antara 50 dan 60, namun berlaku peningkatan mendadak ekoran negara sedang berdepan dengan fasa Monsun Barat Daya.
BACA LAGI: Warga asing bebankan hospital awam, KKM perlu cari jalan efektif selain kaedah insurans — MMA
Sebanyak 2,491 kes kebakaran terbuka membabitkan tanah ladang, pokok renek dan pembakaran sampah.
“Kebimbangan terbesar saya ialah kebakaran terbuka biasanya melibatkan kawasan yang luas dan mengambil masa yang lama untuk dipadamkan,” katanya.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan taburan hujan rendah berterusan sehingga fasa peralihan monsun bermula, yang akan menyebabkan cuaca lebih panas dan kering sehingga pertengahan September.
Setakat 17 Mei hingga 27 Julai lalu, Nor Hisham berkata, jabatan itu merekodkan 2,491 kes kebakaran terbuka membabitkan tanah ladang, pokok renek dan pembakaran sampah.
Beliau berkata, Perak mencatatkan kes kebakaran terbuka tertinggi dengan catatan 515 kes, diikuti Selangor dengan 344 kes, dan Terengganu dengan 289 kes.
“Pada Jun lalu, sebanyak 685 kes kebakaran terbuka direkodkan,” katanya.
Susulan peningkatan kes kebakaran terbuka, Nor Hisham berkata pihaknya akan menjalankan operasi dengan lebih komprehensif bersama anggota bomba komuniti dan mengenal pasti titik panas di mana kebakaran kerap berlaku.
“Kita sudah mengenal pasti kawasan seperti tapak pelupusan sampah dan akan melakukan pemantauan rapi,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram