Najib, Nafizuddin gagal tangguh prosiding kebankrapan LHDN


Najib (kiri) dan Nafizuddin (kanan) gagal untuk menangguhkan prosiding pembayaran cukai mereka.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anaknya, Datuk Nazifuddin gagal untuk menangguhkan prosiding mengenai kebankrapan yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menuntut jumlah cukai yang tidak dibayar mereka.

Najib dan Nazifuddin masing-masing dilaporkan tidak membayar cukai sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk menolak permohonan penangguhan itu dan menetapkan prosiding untuk diteruskan pada Isnin.

BACA LAGI: 'Saya bukan katak politik', anak Najib Razak nafi lompat parti

BACA LAGI: Permohonan Najib jalani tahanan rumah dibawa ke Mahkamah Rayuan

image_2024-07-29_19-37-00

Najib Razak

Peguam yang mewakili Najib dan Nazifuddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee permohonan penangguhan itu dibuat untuk membolehkan perbicaraan mengenai Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dijalankan terlebih dahulu.

"Permohonan ini adalah untuk menangguhkan notis dan prosiding seterusnya kerana isu cukai (taksiran) Najib masih belum selesai sepenuhnya.

"Merit taksiran cukai itu belum lagi didengari oleh SCIT," kata Muhammad Farhan.

Sehingga kini, Najib masih belum diisytiharkan bankrap kerana dia hanya menerima notis kebankrapan.

Keputusan Mahkamah Tinggi dibaca oleh Timbalan Pendaftar, Kamarul Aris Kamalluddin, pihak LHDN dibenarkan untuk meneruskan prosiding walaupun Muhammad Farhan berkata pihaknya akan melakukan rayuan terhadap penolakan tersebut.

Pada Februari 2021, pihak kerajaan menerusi LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib dan Nazifuddin sebagai penghutang.

Menurut notis kebankrapan tersebut, Najib perlu membayar RM1.69 bilion hutang berserta 5 peratus faedah setahun berdasarkan jumlah pada 6 Julai 2020 hingga 4 Februari 2021. Setakat 4 Februari 2021, jumlah yang perlu dibayar adalah RM1,738,804,204.16.

Sementara Nafizuddin pula, dia perlu membayar RM37.6 juta dengan 5 peratus faedah setahun dengan jumlah baki bermula dari 6 Julai 2020 hingga 4 Februari 2021. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM38,758,370.93.

Tarikh-tarikh tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram