Gadis 17 tahun bermata coklat hilang sejak Jun, kali terakhir dikesan di Kampung Sungai Ara


  • 112
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja bernama Nurhusaidafauziyah Usih. — Facebook

ORANG ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, Selangor sejak 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, Nurhusaidafauziyah Usih berusia 17 tahun kali terakhir dilihat di Kampung Sungai Ara kira-kira pukul 10 pagi pada 30 Jun.

Pihaknya menerima laporan pada pukul 3.57 petang bersamaan 8 Julai lalu iaitu kira-kira seminggu selepas kehilangan remaja berusia 17 tahun itu.

BACA LAGI: Bekas menteri, Dr Siti Zaharah meninggal dunia

BACA LAGI: Tun Micheal penyokong setia parti, beri sumbangan besar — Wee Ka Siong

"Ibu bapanya membuat laporan pada 8 Julai," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Remaja warga Indonesia itu berketinggian 165 meter, warna kulit gelap dan berambut perang selain memiliki mata berwarna coklat serta berbibir nipis.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balas polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran. — The Star/FARIKZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram