TINDAKAN tatatertib yang dikenakan terhadap seorang guru yang tidak mengambil dos penggalak adalah wajar dilakukan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Setiausahanya, Fouzi Singon berkata, ia selaras dengan peraturan perkhidmatan yang perlu dipatuhi seluruh penjawat awam.
Beliau berkata, mana-mana pegawai perkhidmatan awam seperti guru yang menolak untuk mengambil dos penggalak sememangnya perlu diambil tindakan dan diteliti.
BACA LAGI: Tak ambil dos penggalak, guru terkejut kena tindakan tatatertib
BACA LAGI: Mayat tertiarap tepi sungai depan masjid di Besut, tiada unsur jenayah dikesan
Luahan yang dikongsikan guru itu. — Facebook
Katanya, golongan terbabit tidak boleh mempersoalkan tindakan tersebut kerana segala peraturan perlu dilaksanakan dengan adil.
"Apabila tatatertib dilakukan, mereka tak boleh nak kata tak wajar atau tak adil kerana peratusan yang mengambil lebih tinggi mungkin 90 peratus berbanding yang menolak.
"Tetapi, kalau individu itu tidak boleh ambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor atau pengambilan vaksin beri kesan lebih teruk," katanya kepada Majoriti.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Juhairi Mohamad Nor ketika dihubungi Majoriti memaklumkan bahawa guru yang dikenakan tindakan tersebut masih mempunyai masa untuk berbincang dengan ketua jabatan di sekolah tersebut.
Juhari berkata, guru terbabit juga masih sempat untuk mendapatkan dos penggalak.
"Tetapi, sekiranya memang dia tidak boleh dapatkan dos penggalak itu, dia perlu kemukakan bukti kukuh kepada pihak sekolah," katanya.
Pihak sekolah turut mengarahkan agar guru itu mengemukan surat bukti sudah mendapatkan dos penggalak. — Facebook
Terdahulu, seorang guru tidak berpuas hati apabila dikenakan tindakan tatatertib gara-gara didakwa tidak mengambil dos penggalak.
Luahan guru itu dinyatakan dalam kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) selepas pihak sekolah mengenakan tindakan terhadapnya.
Tindakan sekolah itu menimbulkan persoalan terhadap guru tersebut yang mengakui dia sudah mengikuti syarat ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Guru tersebut juga perlu mengemukan surat bukti bahawa dia sudah mendapatkan dos penggalak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram