Kerajaan bakal wujudkan kursus fisioterapi dalam TVET — Ahmad Zahid


  • Primer
  • Selasa, 23 Jul 2024

Negara memerlukan fisioterapi yang ramai dan ia adalah bidang yang mudah untuk diceburi tanpa melalui sistem akademik yang biasa.

DALAM usaha memenuhi keperluan negara, kerajaan akan mewujudkan kursus pensijilan fisioterapi dalam Program Pedidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nisbah seorang ahli fisioterapi bersamaan 7,400 penduduk Malaysia berbanding negara maju nisbah seorang fisioterapi kepada 2,000 penduduk.

Selain itu, inisiatif berkenaan secara langsung menarik minat generasi muda terhadap peluang pekerjaan dalam bidang tersebut.

"Sebelum ini kursus berkaitannya banyak dibuka di kolej dan universiti melalui Fakulti Perubatan dan Kesihatan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya kelulusan diploma.

BACA LAGI: Rombak silibus sains, matematik bermula Tahun 4 atau negara 'hilang' doktor pakar — NUTP

BACA LAGI: 'Berapa ramai ambil 10 subjek?', syarat keputusan SPM 10A masuk matrikulasi dilabel pilih kasih

Welding trainess at Kolej Yayasan Sabah during class.

TVET adalah pendidikan dan latihan yang bertujuan menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. — The Star

Ia juga mempunyai silibus telah diluluskan dan mempunyai badan akreditasinya.

Pihaknya juga akan mengumumkan beberapa institusi TVET yang menawarkan kursus pensijilan itu di peringkat bawahan.

"Ini adalah langkah panjang yang harus digarap oleh sistem TVET," katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Fisio dan Rehabilitasi Sukan Propain di Shah Alam pada 23 Julai.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara turut memaklumkan, latihan asas dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap 1 dan 2 akan ditawar pada peringkat permulaan pusat atau institusi TVET.

"Oleh kerana negara kita ini memerlukan fisioterapi yang ramai maka ini adalah bidang yang mudah untuk diceburi tanpa melalui sistem akademik yang biasa," katanya.

Beliau berkata, promosi yang giat terhadap bidang TVET adalah bagi memberikan peluang sama rata kepada semua untuk cemerlang dalam kehidupan masing-masing. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram