'Jom Laju For Fun', Pos Malaysia anjurkan larian komuniti pertama


  • Bizz
  • Selasa, 23 Jul 2024

Liao teruja dengan acara Pos Malaysia yang meraikan warisan, pembinaan komuniti dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

PENYEDIA perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Bhd bakal menganjurkan larian komuniti pertama mereka yang dijangka berlangsung pada 29 September di Kuala Lumpur.

Larian itu menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada peserta semasa melakukan aktiviti di sepanjang laluan.

“Kami berbangga memperkenalkan Larian Pos Malaysia 2024, acara larian pertama kami yang meraikan warisan negara,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao.

BACA LAGI: 'Anak menangis waktu malam sebab lapar', ibu luluh hati terpaksa berkeras demi kesihatan anak

BACA LAGI: Elak tenat di ICU akibat jangkitan semula penyakit, doktor jelas kepentingan habiskan antibiotik

Dengan slogan ‘Jom Laju For Fun!’, usaha itu mencerminkan kerjasama Pos Malaysia terhadap pembangunan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui inisiatif hijau.

Screenshot 2024-07-23 110740

Pek perlumbaan yang disediakan untuk peserta. — Race X Asia

Menerapkan sentuhan hijau dalam acara itu, pingat penyudah diperbuat daripada pengikat zip plastik dan bahan logam kitar semula.

Acara ini menekankan pengurangan pelepasan karbon melalui pemberian pek perlumbaan kepada peserta dan penggunaan basikal elektrik oleh marsyal yang bertindak untuk melancarkan operasi.

Pingat pemenang yang direka bentuk dalam bentuk setem juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

Acara itu menampilkan tiga jarak larian iaitu 5km, 10km dan 15km.

Mereka yang berumur tujuh tahun ke atas boleh menyertai larian 5km, manakala jarak yang lebih jauh khusus untuk pelari 18 tahun ke atas.

Terdapat juga kategori Malaysia, Terbuka dan Veteran.

Larian itu akan berlangsung dari pukul 6 pagi sehingga tengah hari.

Yuran penyertaan ditetapkan pada RM75 untuk larian 5km, RM80 (10km) dan RM85 (15km) sehingga 11 Ogos.

Pendaftaran dibuka sehingga 29 Ogos melalui www.racexasia.com. — The Star/CY LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram