Elak tenat di ICU akibat jangkitan semula penyakit, doktor jelas kepentingan habiskan antibiotik


  • Sihat
  • Isnin, 15 Jul 2024

Seseorang mudah terkena jangkitan semula jika tidak mengambil antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan doktor.

TIDAK dinafikan ramai individu yang mengambil remeh soal penggunaan ubat antibiotik terutama sewaktu mereka mengalami demam, sakit kepala ataupun selesema.

Mereka beranggapan tiada keperluan memakan ubat antibiotik seusai beranggapan tubuh badan mereka sudah sihat.

Malah, ada yang hanya memikirkan kesan pengambilan ubat dari sudut buah pinggang tanpa menitikberatkan organ dalam tubuh badan yang lain.

BACA LAGI: Talasemia tidak terjadi kerana saka, tapi disebabkan genetik — Pakar perubatan

BACA LAGI: Doktor ulas kes buah pinggang kering dihidapi anak kedua Eyra Hazali

WhatsApp Image 2024-07-14 at 12.59.45 PM (1)

Antibiotik perlulah diambil mengikut tempoh waktu yang ditetapkan oleh doktor.

Bercakap soal itu, Dr Frank menegaskan bahawa ubat antibiotik tetap perlu diambil seseorang mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh doktor.

"Tidak bolehlah kalau makan baru dua hari lepas itu rasa dah sihat terus tidak ambil ubat dah.

"Kita kena habiskan antibiotik kerana masih ada bakteria lagi dalam badan, jangkitan semula penyakit boleh berlaku," katanya.

Tambahnya lagi, seseorang yang enggan mendengar nasihat daripada doktor boleh mengundang penyakit menjadi lebih serius.

perlu dihabiskan bagi mengelak berlaku jangkitan semula yang boleh menyebabkan penurunan tahap kesihatan.

"Awal-awal doktor suruh habiskan tetapi tak nak dengar. Sekarang dah tenat dalam intensive care unit (ICU).

"Ada kes sebegini. Memang wujud," katanya.

WhatsApp Image 2024-07-14 at 1.06.38 PM

Seseorang yang demam kebiasaannya akan diberi ubat antibiotik.

Penggunaan antibiotik sangat penting kepada tubuh badan seseorang kerana mampu menyerang dinding sekitar bakteria, mengganggu pembiakan bakteria dan menghalang penghasilan protein dalam bakteria.

Terdapat pelbagai jenis kelas antibiotik yang berfungsi dengan baik untuk beberapa jenis jangkitan tertentu.

Antaranya adalah tablet, kapsul, cecair, krim dan campuran ubat cecair (oitment).

Kebanyakan antibiotik hanya boleh diperolehi dengan preskripsi dari doktor, bagaimanapun terdapat beberapa krim dan campuran ubat cecair boleh didapati di farmasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram