SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) Kelantan membuat pengesahan berhubung pembelian tiga borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang.
Satu daripada borang berkenaan dibeli oleh wakil Parti Sedar Rakyat (SEDAR) pagi Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah SPR Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab.
BACA LAGI: PN makin bergolak menjelang PRK DUN Nenggiri?
SPR menetapkan 17 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRK Nenggiri.
"Setakat hari ini (Khamis) sudah ada tiga borang yang dibeli oleh wakil parti yang akan bertanding pada PRK Nenggiri termasuk parti SEDAR hari ini," katanya memetik laporan media pada Khamis.
Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri selepas Bersatu menggugurkan keahlian Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun.
SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, sementara 17 Ogos sebagai hari mengundi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram