USUL penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan susulan kenyataannya menggunakan surat layang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis.
Keputusan yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui undian yang menerima sokongan 110 Ahli Parlimen dengan 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi manakala 46 tidak hadir.
Selepas sahaja keputusan itu diumumkan, Wan Fayhsal kemudiannya bangkit menyuarakan bahawa beliau tidak akan berputus asa sebelum mikrofonnya dimatikan.
BACA LAGI: 'Ini bukan kedai kopi', Wan Fayhsal didakwa layak digantung sebab surat layang cemarkan Dewan Rakyat
BACA LAGI: Kes 2 beradik makan keropok beracun di Kulim, pekebun bebas dengan jaminan polis
Usul penggantungan yang dikemukakan JPM.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukakan usul tersebut kerana memandang serius terhadap surat yang mendakwa mengandungi maklumat berhubung dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Pada 1 Julai lalu, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memetik sepucuk surat yang menamakan seorang kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai 'dalang' rancangan penjualang pegangan MAHB.
Susulan itu, JPM mengeluarkan usul untuk menggantung ahli politik tersebut kerana membangkitkan surat yang kandungannya tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Hal ini kerana, kenyataan Wan Fayhsal itu dianggap sebagai satu perbuatan yang boleh memberi imej buruk khususnya terhadap kerajaan.
Usul mencadangkan penggantungan Wan Fayhsal itu juga terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul bagi persidangan Dewan Rakyat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram