Paras air Empangan Bukit Merah meningkat, namun masih tak cukup tampung keperluan agrikultur di Perak


  • Massa
  • Khamis, 18 Jul 2024

Stok simpanan air Empangan Bukit Merah berada pada paras selamat pada 15 Julai.

PENGERUSI Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan paras air di Empangan Bukit Merah di Bagan Serai, Perak menunjukkan perkembangan positif, namun belum mencukupi untuk menampung sektor agrikultur negeri itu.

Paras air direkodkan kira-kira 6.3 meter setakat 16 Julai, berbanding 6.09 meter pada 28 Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Julai, beliau berkata, bekalan air telah dihentikan sejak 28 Jun lalu dan paras air masih kekal pada bacaan 6.3 meter.

BACA LAGI: Polis tahan suspek wanita ugut, fitnah mendiang pempengaruh Esha

BACA LAGI: Dua wartawan diugut pembuli siber Esha — Fahmi Fadzil

Muda dam in Kedah. -filepic

Stok simpanan air Empangan Bukit Merah berada pada paras selamat pada 15 Julai.

Stok simpanan air mentah empangan turut dilaporkan berada pada paras selamat selepas ia menurun kepada 19.54 peratus pada 15 Julai.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Julai memberitahu, beberapa empangan lain juga menunjukkan stok simpanan air yang kini berada pada paras amaran kurang daripada 59.99 peratus.

Antara empangan lain yang berada pada paras terkawal adalah Empangan Muda (15.2%), Empangan Malut (37.19%), Empangan Pedu (48.10%), Empangan Teluk Bahang (35%), Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (51.30%) dan Empangan Timah Tasoh di Perlis (42.60%).

Screenshot 2024-07-18 163947

JPS sedang mengusahakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menjamin sumber bekalan air di Perak.

Selain itu, Mohamad Nizar turut memaklumkan mengenai usaha pembenihan awan yang sedang dijalankan Nadma bagi menangani isu bekalan air dengan kerjasama daripada pelbagai agensi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS) sedang mengusahakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi tujuan memperkukuh sumber air dan memastikan keselamatan air di negeri itu.

Satu kajian juga sedang dijalankan untuk melihat kadar keperluan air sehingga tahun 2050 serta cadangan untuk penambahbaikan.

"Kajian itu termasuk cadangan pemantapan jaminan air negeri," katanya.

Terdahulu, paras empangan berkenaan merekodkan penyusutan stok simpanan air sehingga mencecah paras bahaya.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram