Jadikan premis MARA tempat stor, tindakan mahkamah menanti penyewa — Asyraf Wajdi


  • Primer
  • Khamis, 18 Jul 2024

Asyaf Wajdi berkata, MARA akan mengambil tindakan tiga bulan notis keluar kepada penyewa terlibat sebelum tindakan mahkamah menyusul. — Facebook/AsyrafWajdi

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kecewa dengan sikap penyewa premis MARA yang tidak jujur.

Menurutnya, penyewa terbabit mengambil kesempatan menyewa premis MARA yang murah untuk tujuan tidak sepatutnya.

BACA LAGI: Premis MARA dijadikan stor atau tidak beroperasi, diberi notis 2 bulan sebelum dikosongkan

BACA LAGI: PRK KKB: Keputusan dijangka diketahui pukul 10 malam

“Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis MARA tempat stor atau tidak buka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Khamis.

Asyraf Wajdi berkata, perbuatan tersebut menyebabkan bazar, arked dan premis MARA yang lain menjadi lesu.

Justeru, MARA akan mengambil tindakan tiga bulan notis keluar kepada penyewa terlibat sebelum tindakan mahkamah menyusul.

Terdahulu, Asyraf Wajdi pernah mengingatkan bahawa premis-premis MARA yang dijadikan stor dan tidak dibuka seperti dalam perjanjian akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.

Katanya, pendekatan itu adalah antara langkah drastik menerusi Program Transformasi Premis Komersial MARA yang diumumkan baru-baru ini, bagi memastikan premis terbabit terus berfungsi membantu usahawan Bumiputera menjana pendapatan.

Berdasarkan laporan media tempatan, sebanyak 7,289 premis komersial milik MARA akan berwajah baharu menerusi program Transformasi Premis MARA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram