SK Sungai Binjai sekolah pertama di Selangor dapat 'Laluan Teduhan Kasih Eco World'


  • Massa
  • Khamis, 18 Jul 2024

Yayasan Eco World sediakan laluan pejalan kaki sepanjang 52 meter untuk pelajar SK Sungai Binjai. — JOSHUA YAP/The Star

PELAJAR di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Klang adalah sekolah pertama daripada enam sekolah di Selangor yang mendapat manfaat laluan pejalan kaki berbumbung menerusi program Corporate social responsibility (CSR).

Sekolah itu, kini mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 52 meter yang dipanggil "Laluan Teduhan Kasih Eco World" hasil bantuan yayasan yang dilaksanakan oleh Eco World Development Group Bhd (Yayasan Eco World).

Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Pelajar Yayasan Eco World untuk sekolah-sekolah di Klang.

BACA LAGI: Bapa susah hati berat beg sekolah anak cecah 10 kg, desak KPM cakna masalah pelajar

BACA LAGI: Had laju kenderaan di kawasan sekolah akan dikurangkan kepada 30km/j — Zahid Hamidi

Pada tahun lepas, yayasan itu membantu empat sekolah lain sebagai sebahagian daripada CSR mereka.

Laluan pejalan kaki itu dibina bagi menyediakan laluan yang lebih selamat agar memudahkan pelajar masuk dan keluar sekolah tanpa mengira cuaca.

Screenshot 2024-07-18 113537

Laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 52 meter yang dipanggil "Laluan Teduhan Kasih Eco World".

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye, menzahirkan penghargaan kepada para sukarelawan yang menyumbang tenaga mengecat bilik darjah dan menambah bangku di sekolah itu.

Keseluruhan projek itu telah menelan kos RM70,000 bagi memanfaatkan kemudahan keselamatan pelajar dan mengurangkan risiko kemalangan.

Pengetua, Mohd Arif Ab Muis menekankan kepada semua pelajar agar menjaga kemudahan baharu itu. — The Star/JOSHUA YAP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram