PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilaporkan meningkatkan tahap keselamatan terhadap dirinya apabila dia dipercayai menjadi sasaran selepas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Ahad lalu dalam kejadian helikopter terhempas.
Perkara itu dikukuhkan lagi dengan tularnya satu video berdurasi 20 saat di media sosial memaparkan jet peribadi yang dinaikinya diiringi oleh beberapa jet pejuang seperti dikongsikan oleh akaun X, Matt Wallace.
Difahamkan, rakaman itu diambil ketika Putin dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
BACA LAGI: Penemuan mayat bayi perempuan di parkir pangsapuri bukan sebab dibunuh — Polis
BACA LAGI: Ebit Lew hantar mesej lucah pukul 3.40 pagi bulan Ramadan — Saksi
"Presiden Rusia, Vladimir Putin jadi sasaran seterusnya semasa dalam perjalanan ke majlis pengembumian Presiden Iran," tulisnya.
Kesahihan maklumat dan video tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan,
Nahas helikopter yang dinaiki Raisi pada Ahad menyebabkan keseluruhan kabin helikopter tersebut musnah terbakar dengan beliau dan Menteri Luar Hossein Amirabd disahkan meninggal dunia.
Rombongan Presiden itu difahamkan dalam penerbangan pulang selepas majlis perasmian pembukaan empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan, sebelum helikopter dinaikinya terhempas sewaktu mendarat di wilayah Varzaqan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram