MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan perlunya pemantauan berterusan bagi mengawal kadar jualan rokok elektronik khususnya vape.
Penegasan itu dibuat susulan penjualan vape melalui mesin layan diri di pusat beli-belah di sekitar ibu negara.
“Pendirian saya perlu ada pemantauan, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mesti mengambil tindakan jika perlu," katanya.
BACA LAGI: Ramai pelajar jadi 'penagih' vape, AADK dan KKM perlu segera laksana ujian air kencing di setiap sekolah — NUTP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan vape.
“Perkara ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada 18 Julai.
Pada 12 Julai lalu, KKM telah mengeluarkan perintah kepada pusat beli-belah terbabit untuk menghentikan operasi mesin itu selepas ia tular di media sosial.
Satu perjumpaan bersama pihak pengurusan pusat beli-belah turut diadakan bagi menjelaskan tindakan dan larangan terhadap penjualan vape melalui mesin layan diri.
Ketika ditanya berhubung kemungkinan tindakan akan dikenakan, beliau berkata kementeriannya akan menyemak semula sama ada mesin tersebut sudah dilesenkan atau sebaliknya.
"Kita perlu melihatnya dari segi Akta Pelesenan," katanya.
Tambahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan rokok elektronik itu. — The Star/FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram