PENALTI atau denda sebanyak RM100 yang dikenakan ke atas seorang wanita yang dikaitkan dengan kematian pempengaruh media sosial, Esha adalah kerana tiadanya undang-undang khusus untuk kes buli siber di Malaysia.
Pengasas bersama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata, ia sangat mengejutkan apabila denda RM100 itu dikenakan terhadap seseorang yang didapati bersalah dalam kes kematian Esha.
"Menteri Digital, Menteri Komunikasi dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Undang-undang dan Pembaharuan Institusi mesti memanggil satu jawatankuasa untuk mengkaji jika undang-undang sedia ada berfungsi dan mewujudkan undang-undang baharu jika peruntukan sedia ada tidak mencukupi," katanya.
BACA LAGI: Polis tahan suspek wanita ugut, fitnah mendiang pempengaruh Esha
BACA LAGI: Dua wartawan diugut pembuli siber Esha — Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menenangkan ibu serta ahli keluarga mendiang Rajeswary ketika mengadakan lawatan di rumah mendiang baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut tentang jumlah denda yang dikenakan terhadap wanita yang juga pengendali rumah jagaan swasta,Shalini Periasamy.
Pada Selasa, Shalini didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda maksimum RM100 kerana sengaja mengeluarkan kata-kata kesat dengan niat untuk menimbulkan kemarahan dan mengganggu ketenteraman melalui akaun TikToknya @Alphaquinnsha.
Menurut beberapa peguam, terdapat beberapa faktor membuatkan Shalini didenda dengan kadar tersebut.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan bagi menangani isu buli siber secara berkesan selain memperketatkan undang-undang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram