KERAJAAN sudah meluluskan subsidi diesel kepada 88,000 syarikat serta 249,000 kenderaan milik persendirian setakat 14 Julai 2024 di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 .
Menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, sebanyak 33 jenis kenderaan dan 14 pengangkutan komersial dimasukkan ke dalam senarai.
"Melalui program ini, pihak kerajaan menanggung kos bagi subsidi diesel yang diberikan kepada kenderaan yang layak dan kerajaan menjangkakan akan melakukan penjimatan sehingga RM4 bilion setahun," kata KPDN yang menjawab pertanyaan Datuk Siti Amina Aching (PN-Beaufort).
BACA LAGI: Cukup buat masa sekarang, kerajaan pertimbang semula subsidi RM200 jika harga diesel meningkat
BACA LAGI: Bantuan tunai subsidi diesel Budi Individu mula disalurkan Rabu ini
Sebelum ini, kerajaan menghapuskan sistem subsidi diesel secara pukal dan menukarnya kepada bentuk bersasar untuk mengelakkan ketirisan.
Kerajaan menggunakan mekanisme fleet card. Fleet card adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi.
Dengan penggunaan kad tersebut, ia dapat memantau sekiranya berlaku ketirisan dalam pemberian diesel bersubsidi.
Antara kenderaan yang layak mendapatkan subsidi menerusi fleet card tersebut adalah lori katering makanan, bas perkhidmatan bergerak, van tingkap (window van) dan banyak lagi. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram