'Terima kasih coach', Faisal sedih kenang Pan-gon tak bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 16 Jul 2024

Faisal yang mengangkat Pan-gon sebagai jurulatih terbaik pernah dimilikinya sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak negara.

PENGUMUMAN pengendali skuad negara, Kim Pan-gon untuk meletakkan jawatannya merupakan khabar sedih buat seluruh penyokong Harimau Malaya termasuk pemain sayapnya, Faisal Halim.

Menerusi hantaran dimuat naik Faisal pada Selasa, pelbagai kenangan susah dan senang dihadapi mereka berdua sepanjang melayari industri bola sepak tanah air.

Faisal pada masa sama memberi ucapan terima kasih kepada Pan-gon kerana telah menjadi jurulatih terbaik dalam skuad tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pan-gon sah letak jawatan, Pau Marti jadi pengganti sementara

BACA LAGI: Media Korea Selatan kecoh KPG undur diri jadi pengendali Harimau Malaya

6102444673126743330

Hantaran yang dimuat naik Faisal Halim pada Selasa.

Pemain kesayangan Malaysia itu juga tidak lupa untuk mengenang jasa Pan-gon terutamanya ketika berdepan detik hitam pada Mei lalu.

"Satu berita sedih. Saya masih ingat dua bulan lalu, coach datang ke hospital memberikan semangat. Terima kasih atas segalanya.

"Beliau katakan kepada saya 'Faisal, saya mahu kamu kembali ke pasukan kebangsaan. Saya akan berikan sokongan dan percaya awak akan menjadi lebih kuat'," tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Pan-gon mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan jawatannya dalam Harimau Malaya selepas tiga tahun berada dalam posisi tersebut.

Pan-gon juga akan digantikan pembantunya, Pau Marti Vicente yang akan berada memegang jawatan itu sehingga aksi Pestabola Merdeka seperti mana disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi.

Untuk rekod, jurulatih berusia 55 tahun berkenaan menyertai skuad kebangsaan pada 2022 bagi menggantikan Tan Cheng Hoe dengan misi cukup besar dipikulnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram