20 akaun bank suami isteri pempengaruh kena beku bantu siasatan kes seleweng dana derma awam


Pasangan itu ditahan reman bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu membabitkan nilai lebih RM700,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam.

Sumber SPRM mendedahkan bahawa akaun itu termasuk akaun peribadi dan syarikat, disyaki telah digunakan untuk menerima sumbangan dalam talian.

"Ada kemungkinan lebih banyak akaun bank akan dibekukan," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan tudung terkenal, suami direman kes seleweng derma cecah jutaan ringgit

BACA LAGI: Pempengaruh suami isteri kena sambung reman 3 hari disyaki seleweng dana derma

2800222

Ahli perniagaan tudung terkenal direman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana derma awam.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau berkata, akaun itu dibekukan di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. The Star/ JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram