‘Jangan sampaikan pada saya’, Nora Danish ingatkan peminat jika ternampak Nedim bersama wanita lain


  • Hiburan
  • Isnin, 15 Jul 2024

Nora Danish tidak kisah jika Nedim sudah menemukan cinta yang baharu.

PELAKON jelita, Nora Danish mengingatkan peminat bahawa dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan bekas suaminya, Mohamed Nedim Nazri.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora menjelaskan bahawa dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi Nedim memandangkan mereka berdua sudah berpisah.

"Kami hanya rapat atas urusan anak-anak, tidak lebih.

"Masing-masing dah melalui jalan berbeza," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan percaya, penipu!,' Tokti bengang scammer guna Al muka dan suaranya

BACA LAGI: 'Tempat terbaik untuk cari ketenangan,' ramai doakan Bella Astillah dan Eyka Farhana tunai umrah bersama

WhatsApp Image 2024-07-15 at 10.38.49 AM

Hantaran Nora Danish di laman Instagram.

Heroin drama Sumpah Bunian itu turut memaklumkan bahawa perpisahan yang berlaku adalah permintaan dirinya sendiri dan tiada sebab untuk berasa cemburu apabila Nedim menemui cinta yang lain.

"Tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah atas permintaan saya.

"Jadi, biarlah dia dengan kehidupannya, jangan sampaikan pada sayalah okay?," katanya.

Biarpun sudah berpisah, silaturahim antara mereka berdua meraih pujian ramai terutama sewaktu seminggu selepas bercerai apabila Nora melawat Nedim di hospital akibat penyakit yang tidak didedahkan.

Malah, ramai peminat menyifatkan hubungan tetap terjaga mereka itu patuh dicontohi pasangan lain yang sudah berpisah.

Terdahulu, perceraian pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 itu mengundang kejutan selepas masing-masing memilih haluan sendiri pada 16 Jun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 tahun.

Namun, perkahwinan mereka turut berakhir dengan perpisahan pada 2008. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram