Polis tahan Papagomo lepas baru selesai perbicaraan kes hasutan di mahkamah


Papagomo ditahan polis selepas sahaja selesai perbicaraan kesnya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. — Agensi

POLIS menahan aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Memetik laporan Malaysiakini, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Papagomo hadir perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk dengan menuduh kerajaan pro-Israel dan pro-Barat.

Menurutnya, aktivis Perikatan Nasional (PN) itu juga dalam perjalanan ke Balai Polis Dang Wangi selepas menerima arahan daripada pihak atasan.

BACA LAGI: Ciapan berbaur hasutan terhadap Agong, Papagomo mengaku tidak bersalah

BACA LAGI: 'Cukup tak bercakap beberapa jam', ramai nasihat ibu bapa jangan terlalu kasar ajar anak

2672864

Papagomo sebelum ini didakwa menyiarkan tulisan berbaur hasutan pada X di menggunakan akaun 'sir_azri'.

Rafique pada masa sama menyifatkan bahawa kerajaan salah menggunakan kuasa kerana bertindak sedemikian terhadap anak guamnya.

Penahanan itu juga bagaimanapun tidak dijelaskan tentang kesalahan khusus yang dilakukan Papagomo.

Dalam pada itu, Papagomo juga berdepan pertuduhan menghasut dalam isu jualan stoking bertulis kaliman ALLAH oleh kedai runcit KK Mart.

Pada 2 Mei lalu, penulis blog itu berdepan pertuduhan hantaran berunsur hasutan di laman X berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Dia turut didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 kedua-duanya jika sabit kesalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram