Mangsa kedua makan keropok racun meninggal selepas 2 hari pemergian abang


  • Massa
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Muhammad Luth Syauqi (kanan) meninggal dunia selepas dua hari Muhammad Akil Syauqi (kiri) meninggal dunia. — Facebook

SELEPAS masyarakat dikejutkan tentang berita kematian seorang kanak-kanak yang memakan keropok beracun, kini, adiknya pula, Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Jumaat.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan ibunya Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawatnya di wad.

"Luth sudah meninggal dunia kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Jumaat.

BACA LAGI: Pekebun ada kaitan kes budak makan jajan beracun direman 6 hari bantu siasatan

BACA LAGI: Kanak-kanak termakan jajan beracun di Kulim meninggal dunia

2795143

Sebelum ini, Muhammad Akil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.

Pada Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi, 3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram