Lesap RM3.2 juta terpedaya sindiket pelaburan ayam kampung


  • 112
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Sindiket pelaburan ayam kampung yang membabitkan kerugian lebih RM3.2 juta berjaya ditumpaskan. — Gambar hiasan/Facebook

SINDIKET penipuan pelaburan ayam kampung yang membabitkan kerugian lebih RM3.2 juta berjaya ditumpaskan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, susulan itu, seramai 11 individu ditahan ketika serbuan dilakukan di enam kawasan pada 26 Jun lalu.

Ramli berkata, kesemua suspek terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berumur antara 38 dan 56 tahun yang ditahan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan.

BACA LAGI: Polis tahan Papagomo lepas baru selesai perbicaraan kes hasutan di mahkamah

BACA LAGI: 'Cukup tak bercakap beberapa jam', ramai nasihat ibu bapa jangan terlalu kasar ajar anak

msg1050426791-35278.00004

Kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket tersebut. — The Star

Beliau berkata, sindiket tersebut dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi sejak awal 2023.

"“Mereka yang ditahan ialah pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, ejen serta sukarelawan pertubuhan itu.

"Sindiket itu menawarkan skim untuk melabur dalam perniagaan ayam dan itik," katanya pada Jumaat.

Katanya lagi, pelaburan minimum yang ditawarkan adalah sebanyak RM250 dengan pulangan RM13 sebulan.

msg1050426791-35279.000041 (1)

Antara barang yang dirampas pihak berkuasa. — The Star

Tambahnya, pelabur juga mempunyai pilihan untuk menerima ayam berbanding pulangan kewangan.

"Bagaimanapun, pelabur tidap mendapat pulangan mereka sejak September 2023 dan sebanyak 85 laporan polis dibuat di seluruh negara membabitkan kerugian RM3.29 juta.

"Pelbagai barangan dirampas antaranya 13 kenderaan mewah, 13 rantai leher emas, dua cincin emas, 20 telefon bimbit, 17 komputer riba, 71 dokumen dan 17 kain rentang.

"Bukan itu sahaja, sebanyak 34 akaun bank dan dana unit amanah bernilai RM6.5 juta turut dibekukan dan 2,143 ekor kambing dirampas. Kenderaan yang dirampas bernilai RM2.9 juta," jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran pelaburan sedemikian. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram