'Jangan kacau saya', Tengku Mahkota Pahang nafi khabar angin bakal berkahwin dalam masa terdekat


  • Primer
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Tengku Hassanal Ibrahim mahu semua pihak untuk menghormati privasi Baginda berhubung hal peribadi tersebut.

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa Baginda bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory peribadinya, Tengku Hassanal Ibrahim bagaimanapun meminta semua pihak menghormati privasinya berhubung hal peribadi, termasuk soal perkahwinan.

"Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya.

BACA LAGI: Suara wanita perlu didengar untuk cipta masa depan lebih saksama – Tengku Hassanal

BACA LAGI: Tengku Hassanal Ibrahim mohon maaf, minta polis henti siasatan terhadap Noor Jehan

WhatsApp Image 2024-07-12 at 10.02.29 AM

Kenyataan yang diberikan Tengku Hassanal di hantaran Instastory peribadinya.

"Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

"Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai," titahnya.

Pada masa sama, Tengku Hassanal Ibrahim menegaskan buat masa ini, Baginda komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negara selain akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Dalam catatan seterusnya di Instagram, Tengku Hassanal menulis 'No Wedding, takde (tak ada) kahwin' dan 'Jangan kacau saya.' — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram