SIAPA sangka, seorang cef yang sama sekali tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia merupakan pemilik kepada sebuah restoran yang mengetengahkan masakan Malaysia di New York, Amerika Syarikat.
Lebih menakjubkan, restoran yang dinamakan Laut itu merupakan restoran Malaysia pertama yang mampu mendapat Bintang Michelin (Michelin Star) di New York.
Pemilik restoran, Cef Salil Mehta berkata, dia membuat banyak penyelidikan serta mempelajari ilmu masakan daripada seorang wanita Thailand yang memasak untuk sami di kuil Thailand yang berada di Elmhurst, Amerika Syarikat.
BACA LAGI: 'Tuah join saat akhir', ukiran kayu tembus pola bujang juarai Pertandingan Bakat Seni Kraf Remaja
Nasi Goreng Pasar Malam Berempah merupakan salah satu menu di restoran Laut.
Dia juga mengilhamkan rasa Asia Tenggara bagi mengetengahkan masakan yang memiliki keaslian agar pelanggan berasa seolah-olah menikmatinya di Malaysia.
Anak kelahiran New Delhi, India itu juga mendedahkan bahawa niat awalnya datang ke New York adalah untuk membuat aspirasi reka bentuk.
Namun, dia meninggalkan kerja reka bentuk bagi memasuki industri makanan dengan mengambil alih kedai makan Laut pada 2010.
“Saya tidak pernah ke Malaysia seumur hidup saya,” katanya.
"Anda tidak pernah ke Malaysia dalam hidup anda... dan anda mengambil alih restoran Malaysia yang akhirnya memperoleh Bintang Michelin?" tanya pemberita yang terkejut mendengar kata-katanya.
Salah satu hidangan paling popular dalam menu restoran itu ialah versi hidangan popular Malaysia yang dinamakan Dragon Breath Char Koay Teow.
Menu istimewa lain yang dohidangkan di restoran Laut adalah nasi kari periuk tanah, nasi briyani, nasi padang dan rendang, nasi lemak.
Salil Mehta kini mempunyai empat restoran termasuk Wau yang dinamakan sempena layang-layang Malaysia.
Dia juga mempunyai bar, Singlish, yang dibuat dengan menggunakan ilham koktel dari Singapura. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram