Pasangan 'influencer' sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020


Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma. — The Star

PASANGAN suami isteri yang juga pempengaruh direman selama empat hari bermula Khamis kerana disyaki menyeleweng dana kutipan derma sejak 2020.

Pasangan tersebut dipercayai sudah mengutip derma dianggarkan mencecah RM3 juta dalam tempoh tersebut.

Pada masa sama, dua suspek lain turut ditahan bersama pasangan suami isteri itu kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan tudung terkenal, suami direman kes seleweng derma cecah jutaan ringgit

BACA LAGI: Ada lagi apartmen dengan bilik air cermin tembus pandang, pengunjung kongsi langkah waspada elak beri 'free show'

2795011

Pasangan itu ditahan reman bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit. — The Star

Media sebelum ini melaporkan bahawa suspek yang juga ahli perniagaan tudung terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 6.40 petang Rabu.

Lelaki berusia 30 tahun itu dan isterinya, 26, bagaimanapun ditahan bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Kedua-dua individu berkenaan yang memakai baju lokap berwarna oren kelihatan sangat tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada orang ramai dalam keadaan bergari.

Sementara itu, perintah tahanan reman sehingga Ahad ini terhadap keempat-empat suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Tempoh reman itu diperoleh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. — The Star/MARTIN CARVALHO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram