Selain Parlimen Lumut, ini antara 2 kawasan pilihan raya pernah alami gerrymandering


  • Politik
  • Selasa, 09 Jul 2024

Undi daripada pengundi dipisah-pisahkan dalam salah satu teknik 'gerrymandering' sehingga menyebabkan undi mereka gagal membentuk sokongan mencukupi. — Gambar hiasan

ISU gerrymandering atau gerimander merupakan antara isu yang menghantui demokrasi negara.

Secara umumnya, gerimander merupakan satu tindakan manipulasi yang dilakukan ketika proses persempadanan pilihan raya.

Manipulasi ini dilakukan sama ada melalui penciptaan kerusi baharu atau persempadanan semula kerusi sedia ada untuk memberikan kelebihan kepada pihak tertentu.

BACA LAGI: Isu 'gerrymandering' persempadanan pilihan raya terus hantui demokrasi negara

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Untuk rekod, terdapat dua teknik standard yang digunakan dalam gerrymandering.

Pertama, manipulasi gerrymandering dilakukan dengan cara mengumpulkan pengundi lawan di satu kerusi yang sudah pasti menjadi milik parti lawan.

Situasi tersebut akan menyebabkan lawan memenangi majoriti besar di kerusi selamat tersebut tanpa mendapat kerusi baharu.

Teknik kedua pula adalah melalui pemecahan undi dengan sempadan dibuat menerusi cara pengundi lawan diagihkan secara bertebaran di banyak daerah termasuk dengan mencipta kerusi baharu bagi tujuan ini.

Cara sedemikian akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk memenangi sebarang kerusi kerana undi daripada pengundinya dipisah-pisahkan sehingga menyebabkan undi mereka gagal membentuk sokongan mencukupi.

Berikut Majoriti kongsikan beberapa insiden gerrymandering yang pernah berlaku di dalam negara ketika proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia.

1. Parlimen Lumut

Menurut Tindak Malaysia, Parlimen Lumut merupakan kawasan pilihan raya yang mengalami tindakan gerrymandering terbesar di dalam sejarah Malaysia.

Sebelum pelaksanaan persempadanan semula yang dijalankan pada 2016, Lumut yang merupakan kawasan kepada pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan Parlimen yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketika itu merupakan parti pembangkang.

photo1720437844

Secara umumnya, gerimander merupakan satu tindakan manipulasi yang dilakukan ketika proses persempadanan pilihan raya. — Gambar hiasan

Seperti diketahui, tentera merupakan kumpulan pengundi dianggap sebagai deposit tetap kepada Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan sebelum ini.

Dalam proses persempadanan yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), sebuah kawasan di bawah Parlimen berkenaan iaitu Sitiawan telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Beruas yang ketika itu merupakan kerusi selamat DAP.

Difahamkan, kawasan Sitiawan ketika itu mempunyai undi pembangkang yang agak besar.

Hasil daripada persempadanan semula itu, BN diunjurkan berpotensi memenangi semula kerusi dengan dengan tambahan sebanyak 2,000 undi.

Untuk rekod, pada PRU13, PKR berjaya merampas kerusi berkenaan daripada BN dengan majoriti kemenangan 8,168 undi.

Bagaimanapun, di sebalik persempadanan semula yang dilakukan itu, Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti kemenangan tipis 400 undi.

2. DUN Seri Serdang

Dalam PRU13 yang berlangsung pada 2013, PAS yang ketika itu sebahagian daripada blok pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi DUN Seri Serdang dengan majoriti undi mencecah 16,251 undi.

Bagaimanapun, proses persempadanan semula yang dilakukan pada 2016 menyebabkan sejumlah besar penyokong PR dikeluarkan daripada kawasan DUN berkenaan.

Pada masa sama, satu kawasan DUN yang didakwa memberikan kelebihan kepada BN.

Voters queuing for their cast at  SK Sungai Bakap polling station

Manipulasi 'gerrymandering' dilakukan dengan cara mengumpulkan pengundi lawan di satu kerusi yang sudah pasti menjadi milik parti lawan. — Gambar hiasan

Menurut Tindak Malaysia, kesan daripada proses itu menyebabkan penguasaan PAS di kerusi berkenaan berkurangan dan membuka kepada persaingan lebih banyak penjuru dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, calon PAS yang kemudiannya keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) bernasib baik apabila berjaya mengekalkan kerusi berkenaan ekoran perubahan sentimen politik yang berlaku menjelang PRU14.

Bagaimanapun, jumlah majoriti undi yang diperoleh oleh pemenang di kawasan tersebut berkurang kepada 14,363 pada PRU14 dan 10,752 undi (PRU15) antara lain disumbang oleh pertambahan persaingan penjuru.

3. DUN Paloh

Pada PRU13, DAP yang ketika itu pembangkang mengalami kekalahan tipis sebanyak 103 undi di tangan calon BN untuk memenangi buat pertama kalinya kerusi DUN Paloh.

Persempadanan semula yang dilakukan pada 2016 menyaksikan pengundi di Felda Kahang Barat, iaitu tempat di mana BN memenangi sebanyak 1,279 undi telah dipindahkan ke DUN Paloh.

NIBONG TEBAL, 6 Julai -- Penyelia Pusat Mengundi Mohd Azmi Mat Husin (kiri) menutup pintu pagar tepat pada jam 6 petang menandakan tamat proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan Jawi hari ini.Proses mengundi bagi PRK Sungai Bakap bermula sejak jam 8 pagi tadi selesai selepas sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran ditutup tepat pada jam 6 petang tadi.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kesan amalan 'gerrymandering' menyebabkan berlakunya ketidaksamaan pembahagian jumlah pengundi di seluruh kawasan pilihan raya. — Gambar hiasan

Pusat mengundi itu pada asalnya dari kawasan DUN bersebelahan DUN Kahang yang BN menang selesa dengan majoriti 7,801 undi.

SPR memindahkan Felda Kahang Barat ke Paloh. Felda itu menyaksikan BN menang dengan 1,279 undi.

Dalam PRU seterusnya pada 2018, DAP bagaimanapun berjaya merampas kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 783 undi.

Namun, PRN seterusnya pada 2022 menyaksikan BN kembali memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti undi lebih tinggi iaitu sebanyak 3,176 majoriti undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram