Pesawah maut pisau pengait kelapa sawit 'tembus' belakang badan di Bagan Serai


  • 112
  • Khamis, 04 Jul 2024

Seorang lelaki maut selepas tertusuk pengait kelapa di Parit Sulaiman, Bagan Serai, Perak pada Rabu. 

MALANG tak berbau, seorang pesawah menemui ajal selepas pisau pengait kelapa sawit menembusi bahagian belakang badannya dalam kejadian di Parit Sulaiman, Bagan Serai, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof berkata, mangsa dikatakan sedang membawa galah sawit untuk mengambil kelapa sawit dalam kejadian sekitar pukul 6.58 petang.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 44 tahun menaiki motosikal sebelum dikatakan terbabas dan menyebabkan galah sawit yang dibawa terpelanting dan terkena mangsa.

BACA LAGI: Kes jantung menggelepar, beri CPR bergilir-gilir 3 minit bantu organ pam semula darah

BACA LAGI: Daging baru sembelih sebenarnya tak elok terus dimasak, enzim aktif boleh jadi punca darah tinggi

"Pisau berkenaan dikatakan menusuk belakang mangsa dan kejadian itu disedari dua orang awam yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam parit.

"Petugas perubatan dan ambulans yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Juna Yusof berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram