Peguam Negara masih pertimbang representasi Rosmah Mansor minta gugur tuduhan


Rosmah menghantar representasi pertamanya pada 3 Mei 2023 diikuti representasi kedua pada 18 Ogos lalu dan ketiga 12 Disember lalu.

PEGUAM Negara masih mempertimbangkan representasi ketiga dikemukakan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosmah menghantar representasi pertamanya pada 3 Mei tahun lalu, diikuti representasi kedua pada 18 Ogos lalu dan ketiga 12 Disember lalu.

Peguam bela Rosmah, Amer Hamzah Arshad memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa pihaknya masih belum menerima jawapan daripada Peguam Negara berhubung ketiga-tiga representasi itu.

BACA LAGI: Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman kehilangan lebih 40 barang kemas

BACA LAGI: Mahkamah dedah Rosmah miliki barang kemas bernilai RM1.63 bilion hasil dana 1MDB

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim lead counsel Amer Hamzah Arshad speaking to the media after the appeal at Palace of Justice Putrajaya, Monday, September 5, 2022. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Amer menegaskan tuduhan terhadap Rosmah tidak mempunyai butiran lengkap.

Susulan itu, Amer Hamzah meneruskan prosiding dengan mengemukakan hujahan dalam permohonan Rosmah untuk menggugurkan tuduhan dengan menegaskan pertuduhan dihadapi anak guamnya adalah tidak berasas.

Amer Hamzah berhujah, tuduhan tersebut tidak mempunyai butiran lengkap sedangkan objektifnya adalah untuk memberi notis kepada anak guamnya selain maklumat kesalahan tidak dinyatakan menjadikan ia (tuduhan) tidak berasas.

Dia berkata, terdapat pertindihan dalam tuduhan berkenaan iaitu anak guamnya dituduh melakukan kesalahan yang sama sebanyak dua kali.

Katanya, pendakwaan mencipta sebanyak mungkin pertuduhan sebagai set fakta yang sama, sedangkan ia tidak adil dan tidak berperlembagaan.

Selepas selesai Amer berhujah, Hakim K Muniandy kemudian menetapkan 23 Ogos ini bagi pihak pembelaan menyambung hujahannya.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Penang's new LHDN office in Lebuh Sungai Pinang , Jelutong yesterday {{June 29}}.   ( June 29, 2024 )   — LIM BENG TATT/The Star

Rosmah didakwa gagal mengisytiharkan harta kepada LHDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram