Tarif gas, elektrik Singapura naik bermula Julai


  • Benua
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Harga gas dan elektrik di Singapura akan naik untuk tiga bulan akan datang bermula Julai hingga September.

EKORAN daripada kos tenaga yang lebih tinggi, tarif gas dan elektrik di Singapura akan naik untuk tempoh tiga bulan akan datang bermula Julai hingga September.

Memetik laporan media antarabangsa mediacorp.sg, SP Group pada Jumaat berkata, berbanding suku sebelumnya, tarif elektrik akan naik secara purata sebanyak 0.3 peratus atau SGD0.09 (RM0.31) setiap kilowatt sejam (kWj), sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat empat bilik di bawah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan naik sebanyak $0.35 (RM1.21) sebelum GST,"katanya.

BACA LAGI : Tak perlu lagi demonstrasi jalanan, cukup sekadar 'pangkah' parti

BACA LAGI : [VIDEO] Terapkan model Malaysia, utamakan budaya dan nilai kekeluargaan di SAVe — Anfaal Saari

Tambah SP Group lagi, tarif elektrik itu akan disemak pada setiap suku, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Sementara itu, menurut pengeluar dan peruncit gas berpaip, City Energy pula, tarif gas untuk isi rumah akan naik $ 0.30 (RM1) setiap kWj sebelum GST.

Ia naik daripada $23.12 (RM80.47) setiap kWj kepada $23.42 (RM81.51) setiap kWj bagi tempoh tiga bulan akan datang.

City Energy turut menyemak tarif gas berdasarkan garis panduan EMA. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram