Ramlan Harun dilantik jadi Pengerusi SPR baharu


  • Primer
  • Rabu, 26 Jun 2024

PELANTIKAN itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

BEKAS Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ramlan, 60, menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lepas.

Ramlan, yang memiliki ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Putra Malaysia, memulakan kerjayanya sebagai penolong pengarah di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram