PELAKON veteran, Kamal Bakar, 62, yang menghidap kanser paru-paru tahap empat disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi di Hospital Besar Melaka, pada Selasa.
Berita pemergian Allahyarham itu dimaklumkan anaknya yang juga pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman di Facebooknya.
"Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah al-Fatihah buat ayah saya ya," tulis Muhammad Hanis.
Jenazah arwah dilapor akan dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka untuk pengurusan mayat sebelum waktu Zuhur.
Arwah kemudiannya dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram