'Tiada pengakuan direkodkan', Aliff, Ruhainies dibebas dengan jaminan RM1,500 seorang


Aliff Aziz (kanan) dan Ruhainies (kiri) hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

PELAKON kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis, dipercayai ada kaitan dengan kes tangkapan khalwat.

Menurut laporan Buletin TV3 yang memetik sumber, kedua-dua mereka meluangkan masa selama tiga jam selepas tiba di mahkamah pukul 8.40 pagi sebelum beredar pada pukul 11.50 pagi.

Namun laporan itu tidak menyebut tujuan kehadiran mereka ke mahkamah terbabit tetapi dipercayai ada kaitan dengan kes tangkapan khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aww thank you my love', 'wish' Bella Astillah masa hari jadi Ruhainies tahun lepas kembali dikorek peminat

BACA LAGI: 'Perpisahan lindungi daripada perkahwinan tak sihat', Fasha Sandha pesan ada pelangi lepas hujan buat Bella Astillah

Aliff Aziz (kanan) dan Ruhainies (kiri) mula rapat sewaktu menjalani penggambaran drama Terjerat.

Laporan itu berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM1,500 setiap seorang.

Tambah sumber itu, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai ini.

Dalam pada itu, sumber rapat dengan Aliff mengesahkan kehadiran dua pelakon itu ke mahkamah ada kaitan dengan kes khalwat mereka dan bukannya untuk tujuan pendakwaan.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie, tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” katanya.

Sebelum itu, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata, kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram