MAHKAMAH Rayuan pada Khamis memerintahkan cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O'Luanaigh.
Ia selepas Chef Wan didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap O'Luanaigh di platform media sosial.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O'Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh cef itu tidak memfitnah O'Luanaigh.
BACA LAGI: MPS cadang lokasi longgokan sampah di Rawang dijadikan 'art street'
BACA LAGI: Tiada kos tambahan, sukarelawan guru Singapura ditempatkan di luar bandar dan pedalaman
Chef Wan juga dikenakan perintah untuk membayar faedah lima peratus setahun. — The Star
Hakim Azizah ketika menyampaikan keputusan mahkamah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh manakala kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada memuat naik kenyataan fitnah kepada bekas menantunya.
Azizah juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Hakim Wong pada masa sama berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam di Instagram dan Facebook, Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.
Beliau juga berkata, cef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O'Luanaigh.
Untuk rekod, O'Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British yang memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.
Lelaki itu berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum berpisah pada Ogos 2017.
Bekas suami Serina itu turut memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa terdapat lapan hantaran media sosial dimuat naik bekas bapa mertuanya berhubung statusnya dan isteri baharunya serta memfitnah mereka.
Chef Wan bagaimanapun berkata, kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat buruk.
Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya membenarkan tuntutan O'Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mentuanya daripada melakukan dakwaan libel dan palsu terhadapnya.
Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.
Hakim bagaimanapun berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O'Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat tidak baik.
Sementara itu, O’Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram