[VIDEO] Tergamam ada orang 'hantar' kulit limau dan batang pinang, Aeril-Wawa buat laporan polis


  • Hiburan
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Aeril Zafrel terkilan ada orang hantar barangan berkait amalan khurafat ke arah rumahnya.

PELAKON Aeril Zafrel terkilan apabila rumahnya menjadi mangsa pencerobohan individu tidak dikenali, dua hari lepas.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Aeril Zafrel memaklumkan bahawa dia dan Wawa Zainal sudah membuat laporan polis berhubung isu itu bagi mengesan pelaku.

“Kalau kenal tolong maklumkan kepada saya. Laporan polis dibuat tetapi susah nak kesan kerana nombor pendaftaran motornya tidak dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

BACA LAGI: Pengarah terkilan paras rupa hero dikritik produser, dianggap tidak sesuai ‘pair’ bersama Zahirah MacWilson

BACA LAGI: 'Dia yang menyatukan dan memisahkan', rakan artis titip pesan buat rumah tangga Nora-Nedim

Lebih menakutkan, Aeril turut menemui batang pinang bersama kulit limau yang dibakar dipercayai dihantar oleh individu tidak dikenali beberapa hari lalu.

“Siapa kenal budak ini tolong saya! Budak ini panjat rumah saya dan nampak dia letak barang," katanya.

Difahamkan, kejadian sebegitu bukan kali pertama dilalui oleh pasangan berkenaan kerana sebelum ini terdapat pihak lain cuba melakukan hal sama.

Pada 2010, Aeril Zafrel pernah diserang penyakit misteri sehingga terpaksa berehat seketika.

Menurut Aeril, penyakit misteri yang datang selepas kematian bapanya itu mendorongnya berikhtiar mencari penawar sehingga 10 benda asing berjaya dibuang daripada badannya.

Paling mengejutkan adalah semasa mendapatkan rawatan, barangan seperti paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir keluar daripada dalam badannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram