Speaker DUN Kelantan isytihar DUN Nenggiri dikosongkan ekoran wakil rakyat BERSATU hilang keahlian parti


  • Primer
  • Rabu, 19 Jun 2024

Mohd Azizi merupakan salah seorang daripada tujuh wakil Rakyat BERSATU yang dilaporkan terhenti keahlian susulan keputusannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim dikosongkan bermula Rabu.

Ketetapan itu diumumkan dalam satu sidang media di pejabatnya, di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.

Menurut laporan BH Online, Mohd Amar berkata, keputusan tersebut dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis daripada Mohd Azizi yang merupakan ADUN Nenggiri pada 13 Jun dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 12 Jun lalu, memaklumkan mengenai kehilangan keahlian BERSATU pemimpin itu dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

BACA LAGI: Tiada pembangkang alternatif, tak mustahil PAS boleh jadi kerajaan

BACA LAGI: PKR ada kelebihan jika ikut trend, PAS perlu elemen lain pertahan Sungai Bakap

"Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A Undang-Undang Tubuh bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi. Kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan," katanya.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang merupakan salah seorang daripada tujuh wakil Rakyat BERSATU yang dilaporkan terhenti keahlian susulan keputusannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2745205

Kenyataan dikeluarkan BERSATU selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan. Facebook/Hamzah Zainudin

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Proses terhenti keahlian itu berlaku selepas mereka gagal memberi jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram